Tunjang Bahasa Dan Komunikasi (Bahasa Melayu)

Tuesday 6 December 2011


Satu contoh kolaj sisik ikan dari sisa pensel yang diasah yang mudah, ringkas dan yang paling best murah..
Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
1.  Sisa asah dari pensel warna yang beraneka
2. Manila kad, kertas A4 pun ok.
3. Pensel warna/ krayon
4. Gam
5. Butang bentuk mata/ atau apa2 butang yang sesuai

Sebelum aktiviti bermula, pastikan sisa asahan dari pensel-pensel warna telah dikumpulkan. Jika kanak-kanak mengasah pensel-pensel warna yang masih elok sudah pasti ini akan menjadi satu pembaziran pensel-pensel warna yang masih elok. Jadi, pastikan guru telah meminta kanak-kanak mengasah pensel warna mereka (yang memang perlu diasah) ke dalam bekas tertentu beberapa hari sebelum aktiviti berjalan. Tunjukkan cara mengasah terlebih dahulu bagi memastikan sisa yang diasah itu tidak terlalu pendek. Sisa sisa asahan kemudian dipilih dan dikumpulkan.

Langkah pertama ialah lakarkan bentuk seekor ikan di atas beberapa keping kertas manila kad. Jika hendak lebih mudah lagi lakarkannya di atas sekeping kertas A4 dahulu kemudian difotostat untuk diagihkan kepada kanak-kanak. Pastikan ruang dalam badan ikan itu luas supaya kanak-kanak lebih mudah dan bebas mencorakkan ikan mereka. Namun terpulang kepada guru samada hendak kanak-kanak menjalankan aktiviti ini secara individu, berpasangan mahupun berkumpulan.

Bimbing kanak-kanak untuk mulakan dengan menampal pada bahagian badan berhampiran ekor terlebih dahulu. Seterusnya penuhkannya dengan menampal secara bertindih-tindih mengikut bahagian. Cara ini akan membuatkan bahagian “sisik” ikan yang terhasil akan lebih kemas dan menarik.

Setelah berjaya memenuhi seluruh bahagian badan ikan, bahagian sirip dan ekor akan diwarnakan dengan pensel warna.

Sudahkan hasil kerja dengan melekatkan butang mata pada ikan dan kemaskan bentuk ikan yang terhasil.
Hasil kerja ini boleh digunakan sebagai kad ucapan ataupun hiasan dinding. Secara tidak langsung melalui projek ini guru berjaya menggalakkan kanak-kanak untuk kitar semula bahan-bahan terbuang.
Bentuk-bentuk lain yang boleh dibuat:


Sudahkan hasil kerja dengan melekatkan butang mata pada ikan dan kemaskan bentuk ikan yang terhasil.
Hasil kerja ini boleh digunakan sebagai kad ucapan ataupun hiasan dinding. Secara tidak langsung melalui projek ini guru berjaya menggalakkan kanak-kanak untuk kitar semula bahan-bahan terbuang.
Bentuk-bentuk lain yang boleh dibuat:

0 comments:

Post a Comment