Tunjang Bahasa Dan Komunikasi (Bahasa Melayu)

Tuesday 6 December 2011

Teknik Kolaj


 

Kolaj bermakna tampal dan gam. Teknik ini mula diperkenalkan oleh Pablo Picasso pada tahun 1912. Beliau mula menggunakan kertas yang digunting untuk dijadikan lukisan dan ia merupakan kolaj pertama yang digunakan di dalam seni halus.

Bahan – bahan yang sesuai digunakan untuk kerja atau kolaj ini ialah antaranya carikan kertas-kertas, keratin akhbar, kepingan besi, kain atau kainperca dan kepingan – kepingan nipis yang lain. Kini teknik kolaj telah berkembang ke arah yang lebih menggunakan teknik yang menggunakan jahitan dan tampalan kain. Kalau dulu, teknik kolaj hanya menggunakan kertas tetapi kini berbagai teknik telah muncul seperti guntingan kain perca yang lebih memberi corak yang lebih menarik.
Kolaj sendiri memerlukan teknik halus yang teliti dan memerlukan kesabaran dan ketelitian.

b. Teknik Membuat Kolaj.
Untuk menghasilkan sesuatu hasil seni, kita perlulah memikir dan merancang kerja agar ianya mempunyai satu tema khas. Setelah sesuatu tema telah ditetapkan, maka ianya akan lebih mudah kepada pelajar untuk menetapkan saiz dan bahan yang diperlukan.
Seterusnya ialah teknik memotong dan mengoyak atau menjahit. Pelajar perlulah teliti di dalam melakukan kerja tersebut. Untuk menjahit pula amatlah sesuai jika pelajar menggunakan perca kain sebagai bahan kolaj. 

Bahan untuk kolaj sebenarnya amat senang untuk didapati kerana sebarang kepingan boleh digunakan.

Perkara yang agak menyulit dan menyukarkan ialah apabila memotong dan menyesuaikan warna dengan kolaj agar hasil seni tersebut menjadi lebih menarik. Jika pelajar memilih unruk menggunakan perca – perca
kain, ianya lebih elok dijahit.
Semasa kerja menampal dilakukan, pelajar perlulah memberikan perhatian kepada penggunaan ruang didalam lukisan agar ianya kelihatan lebih seimbang. Bagi menampakkan kepelbagaian teknik, pelajar boleh menambah dengan mewarnakan, merenjiskan warna dan melorek bahagian – bahagian tertentu. Dalam teknik pengajaran kolaj atau tampalan ini,peranan guru sangat penting dalam membimbing murid prasekolah kerana pada peringkat ini murid-murid masih lemah dalam penguasaan koordinasi mata dan tangan.

0 comments:

Post a Comment