Tunjang Bahasa Dan Komunikasi (Bahasa Melayu)

Sunday 4 December 2011

SEJARAH PENUBUHAN PRASEKOLAH SK PUSING

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSING
JALAN LAHAT,31550
PUSING, PERAK.




Bilik prasekolah ini terletak di bangunan blok B. Prasekolah ini sebelumnya merupakan kelas tahun 5 dan 6. Kelas prasekolah yang pertama ini mula beroperasi pada 03 Januari 2003 manakala kelas prasekolah yang kedua beroperasi pada tahun 03 Januari 2006.

Pada mulanya hanya sebuah bilik darjah sahaja yang telah diubahsuai untuk tujuan penubuhan prasekolah. Tetapi apabila sebuah lagi prasekolah hendak diwujudkan pada tahun 2006, kelas pra yang pertama telah dijadikan ruang makan murid, manakala dua buah kelas yang sedia ada telah diubahsuai untuk menjadi kelas yang baru seperti yang terdapat sekarang ini.

Anak didik sulung bagi kelas 1 berjumlah 25 orang iaitu 15 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Manakala guru yang diamanahkan untuk mengendalikan kelas ini pula ialah Puan Ramlah bt. Haji Ibrahim dengan dibantu oleh pembantu prasekolah iaitu Puan Mazidah bt. Md Yan.

Pada tahun 2006 jumlah murid prasekolah telah bertambah dengan tertubuhnya sebuah lagi kelas iaitu 46 orang. Anak didik sulung bagi kelas 2 ini berjumlah 21 orang iaitu 11 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan. Murid melayu seramai 14 orang, murid India seramai 6 orang dan murid sikh 1 orang. Manakala guru yang diamanahkan untuk mengendalikan kelas 2 ini pula ialah Puan Sharifah Norliza Bt Syed Mohd Khodry dengan dibantu oleh pembantu prasekolah iaitu Cik Suriati Bt Baharuddin.

0 comments:

Post a Comment